sponsors

ads ink

sponsors

???? [LIVE] WEBINAR MEMPERKASA PDPR MENGGUNAKAN PADLET & YOUTUBE 2021

 webinar
You have 9 video views remaining before you must register
5

Video Details

Sektor Pembelajaran PPD Sipitang, Sabah dengan jalinan kerjasama Akademi Youtuber, eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia menganjurkan sebuah webinar yang bertajuk :

WEBINAR MEMPERKASA PDPR MENGGUNAKAN PADLET & YOUTUBE 2021

dalam "Webinar Kupi-kupi Cucur Duyan Siri 1" oleh PPD Sipitang Simply The Best mengikut ketetapan yang berikut :

Perasmi :
Tuan Zulkifle bin Kassim
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, Sabah

Panel 1 :
Cikgu Terry Henry Tsen
Guru ICT
SMK Sindumin, Sipitang, Sabah

Panel 2 :
Cikgu Nurlisa binti Kamba (Chekgu LK)
Guru ICT
SK Padang Berampah, Sipitang, Sabah

Moderator :
Encik Dua Tawang
Pegawai SISC+
Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, Sabah

Teknikal :
Cikgu Yuhanisah binti Jemahar
Akademi Youtuber

???? Pautan untuk e-sijil (PPD Sipitang, Sabah dan eDidik Malaysia) dan kehadiran SPLKPM disediakan.

Objektif Program :

1. Webinar Kupi-kupi Cucur Duyan oleh PPD Sipitang merupakan satu program inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan PdPR memandangkan para guru, murid dan ibu bapa begitu terkesan dengan pandemik COVID-19.

2. Webinar secara langsung ini merupakan sebuah platform untuk guru-guru dari daerah Sipitang berkongsi kepada hadirin supaya dapat meningkatkan lagi kepelbagaian dalam melaksanakan PdPR.

2. Menjadi medan perkongsian dan seterusnya merangsang penjanaan idea, cetusan kreativiti dan minat guru-guru untuk memperkasa pengurusan PdPR dalam musim pandemik Covid-19 ini.

Apa itu Padlet?
Padlet adalah satu laman web yang memudahkan guru untuk mewujudkan ruang interaksi dengan murid-murid. Padlet ini sangat sesuai digunakan terutamanya dalam mengendalikan PdPR kerana penggunaan Whatsapp adakalanya menjadi sukar kerana admin mempunyai isu untuk mengawal teks atau link serta bahan yang telah dikongsikan.

Fungsi Padlet ini adalah sebagai satu medium seperti laman web yang mana guru-guru boleh manfaatkan bukan sahaja untuk berkongsi bahan, arahan dan pautan, malah murid atau penjaga juga boleh memuatnaik hasil kerja mereka ke dalam Padlet tersebut. Guru selaku moderator Padlet boleh meninggalkan komen pada hasil kerja tersebut.

Guru hanya perlu kongsikan url Padlet yang telah dibangunkan kepada ibubapa, penjaga atau murid sendiri untuk membolehkan mereka mengakses bahan atau memuatnaik hasil kerja.
Apakah beza Padlet dan Google Classroom? Padlet tidak memerlukan pendaftaran bagi pelawat. Hanya guru yang perlu mendaftar. Paparan pemuka Padlet juga lebih ringkas dan tidak terlalu kompleks.

Apakah itu Youtube?
Laman web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, menilai ulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip-klip video dan rancangan televisyen, video muzik, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan.[4]

Kebanyakan kandungan di YouTube dimuat naik oleh para individu, tetapi ada juga syarikat-syarikat media seperti CBS, BBC, iphone dan Hilir menawarkan beberapa bahan melalui YouTube sebagai sebahagian daripada program perkongsian YouTube.[5] Pengguna tidak berdaftar hanya boleh menonton video pada tapak itu, manakala untuk mereka yang berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen pada video. Video-video yang dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh didapati bagi pengguna berdaftar yang mengesahkan diri mereka berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pada Disember 2016, tapak web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa Internet, syarikat analisis lalu lintas web

Apakah Streamyard?
StreamYard adalah platform/media yang memungkinkan kita dapat melakukan streaming langsung dari browser melalui jejaring/media sosial. Secara sederhana, StreamYard ini adalah studio siaran langsung.

StreamYard adalah platform/media yang memungkinkan kita dapat melakukan streaming langsung dari browser melalui jejaring/media sosial. Secara sederhana, StreamYard ini adalah studio siaran langsung.

Date Added: 2021-12-16

Category: webinar

Watched 157 times

Tags: None

Loading...